20 Jan 2013

Janggal

Kau tahu tak perasaan bila kau dah lama tinggal sesuatu benda tu, kau akan rasa janggal. Mana satu nak buat dulu, mana satu yang akan jadi pengakhiran dia.. Kau orang pernah rasa?

Itu hari kawan blogger aku yang aku sayang mintak tolong aku buatkan dia poster untuk dia punya projek. Gigih gila nak buat, kemain pulun tapi bila bukak photoshop, dia dah blur. Semua nampak kosong. Mana satu gradient, mana satu blending mode. *baling laptop ke dinding.

Okay photoshop dah satu hal, bila aku gedik nak ber blogging balik ni mulalah godek godek coding. Mak aii kau tahu, satu pun tak ingat. Rasa macam oh my god, why huh. Retarded gila!

Semenjak masuk sem baru ni, aku memang tak sentuh photoshop. Coding blog pun dah lama tak main.

Dan. Sekarang. Gua. Rasa. Janggal. Tahap. Maksimum.

Arghh.

posted from Bloggeroid