24 Jan 2013

COMPARISON

Aku bercakap. Aku bahas. Tentang kita. Malangnya, aku tak jumpa jalan sudahnya. Yang aku jumpa, jalan buntu. Dan sampai bila harus begini, tunggu saja. Aku kuat lagi nak hadap semua ni. Dia kata, aku pendam. Dia balas, aku diam. Supaya tak ada sengketa.

Bukan niat nak ungkit kisah lalu. Tapi entah kenapa, hati aku rasa lain macam. Lantas aku bertanya. Tapi yang aku dapat, perbandingan. Antara aku dengan ex-girlfriend nya. Dia kata aku begini, dia kata si dia begitu.

Aku ingat. Aku ingat apa dia kata. Kalau kita jumpa orang yang sayang kita, jangan ungkit masa lalu. Jangan cerita kisah lama dengan pada orang yang kita sayang, khuatir. Takut nanti dia sakit hati. Tapibsekarang dia yang buat.

Dan aku. Perlukan seseorang untuk aku luahkan apa yang aku rasa. Tiada siapa yang faham.

Aku redha, jika ini jalanku.

posted from Bloggeroid