Its Just Something I Know

22 May 2012

Define love.

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Nak buat intro memang susah kan? Aku dah berapa kali taip padam taip padam. Sungguh aku benci perasaan ni. Dan yang paling noob bila aku tengok dah berpuluh entry yang aku draft. Tahap keyakinan aku nak publish post memang takde langsung. Last last end up dengan click new post. Ya, yang ini new post.

Dua tiga menjak ni, fikiran perasaan jiwa hati semua kacau bilau. Bukan sebab tengok Jiwa Kacau yang dah beratus kali ulang kat Astro tu. Tak. Entah. Aku tak reti nak describe kan macam mana rasa ni. Sadis sungguh. Itu hari aku sembang dengan kawan lama aku. Perempuan. Kalau dah borak kau tahu la kan memang tak sah kalau tak keluar bab cintan cintun ni. Well, dah 19 tahun kan. Keh keh. Gedik gila.

Dia bercerita dengan aku pasal hubungan dia dengan teman lelaki dia. Ceitt, gila skema teman lelaki. Lantak ahh. Okay, balik pada topik. Dia ada satu masalah dan dia tanya aku. Bajet bajet macam doktor cinta la. Pffftt. Dia tanya aku “kenapa lelaki macam dia wujud dekat dunia ni? Kalau betul dia sayang aku, kenapa dia sanggup buat aku macam tu. Memang cinta ni macam tu eh. Aku tak faham la cinta ni sebenarnya apa

Aku dengar soalan macam ni pun aku dah lemah. Aku bukannya pandai sangat bab bab cinta ni. Aku sendiri pun fail. Nak jugak aku jawab “kau sendiri yang nak dulu kan, bila dah jadi macam ni kau nak merungut pulak.” Tapi aku tahu jawapan macam tu gila kejam. (Monolog dalaman: Haishh dia buat jiwang pulak dah. Aku nak sembang pasal lain. Nasib kau cun).


Bercakap pasal cinta. Tak pernah ada ending kau tahu. Rata rata semua orang bercinta. Tapi aku bet ada certain yang tak faham betul betul apa maksud cinta. Aku pun muda lagi nak cakap pasal cinta bagai ni. To tell you the truth, aku memang takde keyakinan langsung nak bercakap pasal ni. Tak layak pun sebenarnya. Tapi, apa yang aku nak cakapkan kali ni more into my thoughts and experiences. Haha. Cinta. Percaya atau tidak, hasil dari PERCINTAAN lah yang membawa kepada wujudnya ibu bapa kita. Dan.. wujudnya kita. Ya, kita semua. Cinta ni lebih kepada RISIKO. Aku tak nafikan, cinta kadang kadang boleh buat orang tu gila. Bunuh diri. Bomoh-bomohan. Whatever. Yang aku sebutkan tadi, bukan cinta yang buat dia macam tu, tapi diri sendiri yang bodoh. Sekian.

Lawak kan kalau kawan kita tiba tiba datang dan cakap “Qina, akhirnya dia confess jugak dekat aku. Kau tahu betapa aku bahagia sekarang. Dia siap belikan aku bunga lagi tau. Now, we fall in love. Aku dah declare bercinta dengan dia la. Bahagianya hati ni aku sorang je yang tahu”. Oh demm, ini memang tempah maut. Belum apa apa dah macam orang gila. Memang gua rasa nak bagi kaki.

Cinta. Too subjective to define sebenarnya.

Kau dah tahu dia bahagia dengan orang lain, tapi kau sanggup buat apa saja untuk dia. Kau cintakan dia dari jauh. Kau turut bahagia atas kebahagiaan dia. So-called 'sacrifice'. Walaupun kau tahu, dia tak akan datang pada kau lagi. BARU NAMANYA CINTA.

Kau bercakap. Tak kira yang perlu atau tidak. Yang remeh atau tak. Yang suka atau duka. Tapi dia ada dengan kau. Mendengar, memberi perhatian, memberi nasihat, memberi pandangan atas apa yang kau dah luahkan pada dia. BARU NAMANYA CINTA.

Kau ada masalah. Masalah besar, masalah kecil, masalah duit, masalah pelajaran, and all others shit that comes to you. Dia datang. And he/she said “don’t worry baby, i’m always with you no matter what happen. Everything will be fine as long as I dengan you okay? I'm here with you, by your side. Don't be sad dear”. BARU NAMANYA CINTA. Tapi beware. Sweet talker pun ada macam ni. Kalau hati kau tulus bercinta, kau tahu sendiri la macam mana.

Sanggup meluangkan masa walau sesibuk mana pun dia just to make you happy dan saling melengkapi, memahami.Saling terima segala kekurangan. Dua dua perlu main peranan. Tahu apa itu konsep cinta yang sebenar then they will survive. BARU NAMANYA CINTA.

Dia mencintai kau seorang sahaja. Tiada dua atau tiga. Hati dia bukan untuk kau kongsi dengan perempuan/lelaki lain. BARU NAMANYA CINTA. Kalau dalam masa dia bercinta dengan kau, tapi di belakang dia mungkin ada perempuan/lelaki lain yang dia sayang. Itu bukan cinta, layaknya digelar KASANOVA ataupun err, bagi yang perempuan tak ada istilah. Mungkin perempuan itu TAMAK dengan kasih sayang. Mungkin kot.

Kau sanggup ambil risiko dalam percintaan. Kau sanggup terima apa jua yang akan terjadi pada hubungan kau. Bersedia hadapi sebarang kemungkinan. Sentiasa memaafkan satu sama lain. BARU NAMANYA CINTA.

Bagi aku simple. Kalau dah someone tu sanggup melukakan hati kau, buat taik dekat kau. Dia belum bersedia sepenuhnya dalam percintaan dan perhubungan. Mungkin sekadar isi masa lapang, isi kesunyian, atau saja saja buat teman tapi kita terperasan atau mungkin jugak sebab dia memang tak pandai nak jaga hati orang. Love and being into a relationship. It’s supposed to be easy. Tapi belajar menerima dan setia, itu yang payah.
Aku terfikir. Kalau lelaki yang ada masalah dengan awek mesti dia simpan sorang. Pergi lepak. Hisap rokok. BBM. Twitter-ing. Ya, jadi perempuan memang macam ni. Lelaki jugak pandai kawal masalah. Ye idok gua cakap? --- Selingan.
P/S : Mungkin ni sekadar pandangan mengarut dari aku. Kan aku dah cakap PANDANGAN aje :P Korang pulak macam mana? Nak tahu jugak pandangan korang dalam DEFINE LOVE ni  :D


Ouh ya, dah masuk bulan Rejab ni kawan-kawan. 
Jom banyakkan ibadat puasa dan solat sunat. 
Semoga hidup sentiasa diberkati dan dirahmati Allah :)

14 May 2012

MASALAH HATI. SIAPA MAU TOLONG?

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Kadang kadang hati terlalu berharap. 
Harapan musnah. Susah. 
Hingga aku kini memendam rasa.

Kadang kadang hati terasa sayang. 
Sayang diabaikan. 
Akhirnya sendiri terluka.

Kadang kadang kita rasa. 
Kita sayang sangat dia. 
Tapi siapa tahu hati dia?

Kadang kadang kita hanya ingin tahu. 
Dah tahu, jiwa tersiksa. 
Oh abaikan hati demi dia.

Kadang kadang kita cuma berkata. 
Tapi hati menafikan. 
Sadis. Dia buat serius.

Kadang kadang hati kita terdetik. 
Layakkah kita dicintai. 
Tanpa sedar, cinta itu sudah pun wujud.

Kadang kadang kita lupa. 
Kita bercinta. 
Yang tentukan jodoh itu Dia.

Kadang kadang kita penat. 
Tapi hati kata sayang. 
Digagahkan juga diri.

Kadang kadang kita rasa dia perlukan kita. 
Hakikatnya tidak. 
Sedih di hati sudah tak terkira.

Kadang kadang orang nampak kita senyum. 
Sungguh, hanya kita yang tahu. 
Perit pedih memendam rasa.

Kadang kadang kita tertanya. 
Siapa kita di hati dia. 
Hanya dia yang mampu beri jawapan.

Kadang kadang dia tak tahu. 
Hati kita luka parah. 
Dia buat biasa sahaja.

Kadang kadang kita juga lupa. Kita ada Dia. Dia yang satu. Dia yang sentiasa bersama kita, dengar luahan hati kita. Setiap kali kita kecundang, sedih, kecewa, gembira.. Jangan sesekali abaikan Dia.
Wahai hati Janganlah berasa lemah. Tatkala dilambung ombak cabaran. Sedarlah, itu adalah tarbiyah Allah buatmu. Memang, sesekali diuji itu perit, pedih dan menyakitkan. Membuat air matamu gugur satu persatu. Tetapi itu bukan sebab untuk menyerah.Kita tetap lemah hanya pergantungan pada Allah menjadikan kita kuat tanpa disedari.
Berdoalah agar kita tidak kesunyian dan tidak bersedih hati.


P/s: Ini entry banyak gelimat woo, mintak maaf ya. 
Gua sensitif sikit malam ni :(